NomborPlat
www.NomborPlat.com
- Posts
- 673
Nombor pendaftaran sebuah Toyota Alphard milik syarikat perkhidmatan kereta sewa dipindah hak milik tanpa kebenaran selepas disewakan kepada ejen kereta sewa pada Januari lalu.
Kereta Alphard bernombor plat ‘P111’ itu didakwa dibawa ke sebuah bilik pameran kereta terpakai di Puchong, Selangor tanpa pengetahuannya, petik Harian Metro.
Kemudian, kereta itu disewa untuk tempoh sebulan dengan kadar RM12,000. Selepas itu, lelaki tersebut didakwa mahu melanjutkan tempoh sewaan.
“Tidak lama kemudian saya dihubungi seorang rakan yang bertanya adakah saya memindahkan hak milik nombor pendaftaran P111 yang membuatkan saya terkejut kerana ia berlaku tanpa saya tahu.
“Saya sudah menerima bayaran untuk dua bulan dan sepatutnya kereta itu dipulangkan pada 13 Mac lalu,” kata seorang ahli perniagaan, Tan yang turut membuat laporan polis pada 1 Mac lalu.
Tan ditemui pada sidang media di Wisma MCA yang turut dihadiri Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong di sini, hari ini.
Daripada Alphard ke motosikal
Nombor pendaftaran berkenaan dipindahkan kepada sebuah motosikal dan dipercayai pemiliknya di Johor, malah kenderaannya yang didaftarkan di bawah nama syarikatnya didakwa dijual kepada sebuah syarikat kereta terpakai.
Dia turut mempersoalkan bagaimana perkara itu boleh berlaku tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya sekali gus memohon bantuan serta tindakan lanjut daripada pihak berkuasa.
Menurutnya lagi, beberapa rakannya yang mengumpul nombor pendaftaran kenderaan istimewa turut menghadapi situasi yang sama.
Michael berkata, pihak berkuasa terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) digesa menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kerana ia tidak sepatutnya berlaku.