NomborPlat
www.NomborPlat.com
- Posts
- 684
GEORGE TOWN, 17 April 2026 — Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) hari ini mengumumkan penawaran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri “P___P” sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-80.
YBhg. Dato’ Aedy bin Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia dalam sidang media pagi tadi memaklumkan nombor pendaftaran eksklusif ini dibuka bersempena 8 dekad penubuhan Jabatan.
“NPI ini dibuka untuk bidaan awam melalui Sistem JPJeBid mulai 20 hingga 24 April 2026, dengan keputusan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan ditutup”
“Orang ramai dijemput menyertai bidaan bagi memiliki nombor ini” tambahnya.
Hadir sama dalam sidang media tersebut, YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi); YBhg. Dato’ Muhammad Kifli bin Ma Hassan, Pengarah Kanan Penguatkuasa; YBrs. Tuan Khairil Anuar bin Karim, Pengarah Pelesenan Kenderaan, YBrs. Tuan Zulkifly bin Ismail, Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang serta pegawai-pegawai kanan Jabatan.
#jpjmalaysia
#motmalaysia
#jpjebid
#SetiaDemiPertiwi