Borak Nombor plat “H” dijual pada harga hampir RM10 juta

NomborPlat

www.NomborPlat.com
Posts
659
1772534302294.png


Hong Kong – Nombor pendaftaran kenderaan dengan satu huruf sahaja, “H”, berjaya dijual pada harga HK$20 juta (RM9.9 juta) dalam satu lelongan, menurut laporan South China Morning Post.

Plat tersebut merupakan antara 49 nombor pendaftaran yang ditawarkan sempena acara lelongan Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Ia kini tersenarai sebagai nombor plat keempat termahal pernah dijual di bandar raya berkenaan.

Bidaan bagi nombor “H” bermula pada harga HK$5,000 (RM2,496) sebelum melonjak kepada HK$5 juta (RM2.4 juta) pada pusingan pertama. Selepas lebih 50 pusingan bidaan sengit, ia akhirnya dimenangi seorang pembida pada harga HK$20 juta.

Antara nombor lain yang turut dilelong ialah “30” yang terjual pada HK$4.55 juta (RM2.2 juta), “101” pada HK$1.01 juta (RM504,157) dan “2288” pada harga HK$470,000 (RM234,608). – AGENSI
 

NomborPlat.com Forum Nombor Plat #1 di Malaysia

NomborPlat.com ialah komuniti untuk semua peminat nombor plat Malaysia - sama ada mencari nombor idaman, berkongsi plat menarik, atau jual beli nombor plat. Kami juga menyediakan ruang untuk borak santai dan perkongsian pendapat. Matlamat kami ialah membina komuniti yang mesra, aktif, dan penuh maklumat berguna tentang dunia nombor plat Malaysia.
Back
Top